Sabtu, 6 Ogos 2016

Cara Menjaga Ikan Laga

Salam semua,

Kali nak sambung pasal anak ikan laga. Setelah bertelur lebih 48 jam, anak anak ikan laga akan mula kelihatan bergayut pada buih buih yang masih ada. Kebiasaannya terdapat antara 100 hingga 200 ekor anak ikan pada satu satu masa, tetapi ada juga yang kurang dari jumlah tersebut yang berkemungkinan bapa atau ibu terlalu muda atau salah satu dari pasangan ikan tadi tidak berapa aktif. Pada waktu ini anak anak ikan tersebut masih lemah dan kadangkala terjatuh ke dasar air. Pada masa ini bapa ikan laga tadi sibuk melihat dan mengangkat anak anak tadi ke permukaan air.
  Pada waktu ini anak anak ikan masih tidak perlu diberi makan,  makanan dari telur 'yolk' masih ada di perut anak ikan. Selepas hari ke empat anak anak ikan sudah mula stabil dan boleh bergerak sendiri, walaupun tidak berenang bebas, tapi mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Pada masa ini ikan jantan induk sudah boleh dipindah rehatkan. Makanan sudah mula boleh di berikan. Makan yang kami amalkan di ILA ialah artemia. Tiada air hijau diperlukan kerana kami meletakkan anak anak ikan di tempat teduh / dalam bangunan. Elakkan anak anak ikan ini dari cahaya terang matahari. Cahaya yang terang boleh membunuh anak anak ikan tadi.
   Selepas anak anak ikan mula pandai memakan artemia, anak anak ikan ini bolehlah di pindahkan ke takungan yang lebih besar, jika takungan pembiakan tidak cukup besar. Jika sudah menggunakan takungan yang besar, biarkan anak anak ikan tadi terus berada di situ. Proses pengalihan anak anak ikan tadi perlu dilakukan secara teliti dan lembut. Jika tidak, anak anak ikan akan pening seterusnya mati.

Artemia yang terdapat dipasaran

cara penetasan artemia sila rujuk di sini

     Tidak semua anak anak ikan yang baru menetas akan hidup semuanya. Adakalanya ia mati di sebabkan air yang kotor, tidak mahu makan dan sebagainya.
    Artemia boleh terus di beri sehingga anak anak ikan berusia sebulan atau lebih. Pemberian artemia yang mencukupi akan membuat anak anak ikan cepat membesar. Setelah mencapai sebulan anak anak ikan bolehlah di beri jentik jentik ataupun cacing. Pallet juga boleh di beri, tapi pastikan saiz yang betul dan tidak berlebihan.

anak ikan berusia 1 minggu

anak ikan berusia 7 minggu

anak ikan berusia lebih dari 10 minggu

anak ikan pada usia +-3 bulan



    Anak anak ikan ini tidak membesar secara sekata, ada yang cepat membesar dan ada pula yang sangat perlahan. Asingkan mengikut saiz untuk mengelakkan persaingan mendapat makanan.
    Setelah berusia lebih dari 10 hingga 12 minggu, anak anak ikan jantan akan mula menjadi aktif, asingkan ke bekas individu untuk mengelak dari bergaduh. Hanya ikan jantan diasingkan, ikan betina boleh dibiarkan hidup sesama mereka.

Kesemua info dan gambar diatas adalah dari ILA, kemungkinan sedikit berlainan dari maklumat dan cara pihak lain. Harap maklum

Khamis, 4 Ogos 2016

Cara Pembiakan Ikan Laga


LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.
Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.
LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.
Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.


Selasa, 2 Ogos 2016

Perbezaan Ikan Laga Betina Dan Jantan
Image result for perbezaan ikan laga jantan dan betina

SAIZ
Ikan laga jantan selalunya saiz sedikit besar dari betina..& betina sedikit kecil tubuhnya 
EKOR
Jantan kebiasaannya ekornya lebih panjang & mungkin lebih besar 3-4 kali ganda dari betina..& betina sudah pasti ekor dia kecil..tetapi ada juga sesetengah ekor ikan laga betina panjang..sedikit.
TELUR
Ikan betina akan menampakkan biji-biji putih diperutnya manakala jantan tidak ada..biji-biji putih itu
INSANG
Ikan jantan insangnya kelihatan manakala..betina tidak..apabila ikan ini mengembang insang jantan lebih besar dari insang betina 
SARANG BUIH
Hanya ikan laga jantan yang membuat sarang…manakala ikan laga betina..tidak 

Jenis - jenis Ikan Laga ( Betta Fish )

Halfmoon Betta /  Bulan ( HM )




Betta bulan boleh dilihat terus kepada ekornya,ikan ini mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah.



Crowntail Betta / Matahari ( CT )



 Jenis ini memang jelas terlihat pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan ini crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya betta matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
King Crowntail
Halfmoon plakat Betta / Plakat ( HMPK )



Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.

Plakat Betta ( PK )


Ikan laga ini boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juga datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat ini mempunyai ekor yang membulat berbeza dengan HMPK

Double tail Betta ( DT )


 Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.

Big Ear Betta / Dumbo


Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis ini bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.

Veiltail betta ( VT )





Ikan laga ini mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan ini boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas. Mudah dijumpai dikedai ikan .

Giant Betta



Betta ini datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan ini 2 kali ganda besar dari ikan normal. Biasa saiznya 2.5 inch dan keatas.


Delta Betta / SuperDelta ( SD )

 



Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis ini hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.

Combtail Betta ( CB )\





Ekor kelihatan seperti betta matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) . 

Longtail Betta ( LT )



Ikan laga ini ada ekor yang panjang seperti gambar. Berbeza dengan ekor veiltail.

Rosetail Betta




Ikan laga ini mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.

Feather tail Betta ( FT )



 Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather) 

Spade tail Betta


Ikan ini ada ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .

Round tail Betta




Ikan ini mempunyai ekor yang berbentuk bulat seperti gambar diatas.