Sabtu, 6 Ogos 2016

Cara Menjaga Ikan Laga

Salam semua,

Kali nak sambung pasal anak ikan laga. Setelah bertelur lebih 48 jam, anak anak ikan laga akan mula kelihatan bergayut pada buih buih yang masih ada. Kebiasaannya terdapat antara 100 hingga 200 ekor anak ikan pada satu satu masa, tetapi ada juga yang kurang dari jumlah tersebut yang berkemungkinan bapa atau ibu terlalu muda atau salah satu dari pasangan ikan tadi tidak berapa aktif. Pada waktu ini anak anak ikan tersebut masih lemah dan kadangkala terjatuh ke dasar air. Pada masa ini bapa ikan laga tadi sibuk melihat dan mengangkat anak anak tadi ke permukaan air.
  Pada waktu ini anak anak ikan masih tidak perlu diberi makan,  makanan dari telur 'yolk' masih ada di perut anak ikan. Selepas hari ke empat anak anak ikan sudah mula stabil dan boleh bergerak sendiri, walaupun tidak berenang bebas, tapi mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Pada masa ini ikan jantan induk sudah boleh dipindah rehatkan. Makanan sudah mula boleh di berikan. Makan yang kami amalkan di ILA ialah artemia. Tiada air hijau diperlukan kerana kami meletakkan anak anak ikan di tempat teduh / dalam bangunan. Elakkan anak anak ikan ini dari cahaya terang matahari. Cahaya yang terang boleh membunuh anak anak ikan tadi.
   Selepas anak anak ikan mula pandai memakan artemia, anak anak ikan ini bolehlah di pindahkan ke takungan yang lebih besar, jika takungan pembiakan tidak cukup besar. Jika sudah menggunakan takungan yang besar, biarkan anak anak ikan tadi terus berada di situ. Proses pengalihan anak anak ikan tadi perlu dilakukan secara teliti dan lembut. Jika tidak, anak anak ikan akan pening seterusnya mati.

Artemia yang terdapat dipasaran

cara penetasan artemia sila rujuk di sini

     Tidak semua anak anak ikan yang baru menetas akan hidup semuanya. Adakalanya ia mati di sebabkan air yang kotor, tidak mahu makan dan sebagainya.
    Artemia boleh terus di beri sehingga anak anak ikan berusia sebulan atau lebih. Pemberian artemia yang mencukupi akan membuat anak anak ikan cepat membesar. Setelah mencapai sebulan anak anak ikan bolehlah di beri jentik jentik ataupun cacing. Pallet juga boleh di beri, tapi pastikan saiz yang betul dan tidak berlebihan.

anak ikan berusia 1 minggu

anak ikan berusia 7 minggu

anak ikan berusia lebih dari 10 minggu

anak ikan pada usia +-3 bulan



    Anak anak ikan ini tidak membesar secara sekata, ada yang cepat membesar dan ada pula yang sangat perlahan. Asingkan mengikut saiz untuk mengelakkan persaingan mendapat makanan.
    Setelah berusia lebih dari 10 hingga 12 minggu, anak anak ikan jantan akan mula menjadi aktif, asingkan ke bekas individu untuk mengelak dari bergaduh. Hanya ikan jantan diasingkan, ikan betina boleh dibiarkan hidup sesama mereka.

Kesemua info dan gambar diatas adalah dari ILA, kemungkinan sedikit berlainan dari maklumat dan cara pihak lain. Harap maklum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan